This is one of articles published by ROTTW Nov. 2008. Thanks to Abg Rom for giving the opportunity.
MOTLEY CRUE : LIVE IN FORT CANNING , SINGAPORE : 16 OKTOBER 2008
Pra
Mungkin ramai diantara kita yang pernah menonton filem Detroit Rock City. Ianya sebuah filem mengisahkan kegilaan sekumpulan remaja Amerika yang berhempas pulas berusaha untuk menyaksikan konsert KISS di Bandaraya Detroit.
Saya hanya mahu berkongsi keterujaan saya apabila mendapat tahu band pujaan saya Motley Crue akan mengadakan konsert di Singapura pada 16 Oktober 2008.Perasaan tidak tentu arah dan huru hara melanda saya bila mendapat tahu berita tersebut .

Untuk pengetahuan anda semua , saya pernah tercalon pada peringkat akhir sebuah program TV yang berkonsepkan impian iaitu Benson & Hedges Golden Dreams pada awal 90an dahulu. Saya telah terpilih ke peringkat akhir untuk ditemubual bagi menyampaikan hasrat impian saya . Pada ketika itu yang umur saya kira – kira 15 tahun ,saya telah menyatakan keinginan saya untuk jamming bersama saya Motley Crue dan habis selok belok band tersebut telah saya ceritakan kepada penemubual saya. Daripada kematian vokalis Saigon Kicks yang berpunca dari Vince Neil, kes – kes mahkamah mereka dan sehinggalah kehebatan lagu-lagu Motley Crue telah saya ceritakan . Namun satu hakikat yang perlu saya terima bahawa Tuhan tidak menjadikan semua manusia itu berjiwa rock dan impian saya ditolak mentah – mentah dengan alasan ianya tidak relevan dan tidak mengujakan penonton program TV berkenaan. Selepas memberikan muka kecewa saya pada Tiara Jacquelina ( hos ketika itu, sekarang Datin ) dan penerbitnya (yang saya tak ingat namanya ), saya terus beredar dengan impian saya, yang saya rasa tidak akan kesampaian sampai bila-bila.
Tetapi berita yang saya terima pada 4 Oktober 2008 menjadikan impian saya 16 tahun yang lalu hampir tercapai.Pada hari raya keempat saya dapat tahu dari seorang rakan saya yang saya panggil Mat Besi, (kerana kegilaannya terhadap metal melebihi daripada keinginannya untuk berumahtangga) tentang kedatangan Motley Crue ke konsert pertama di Asia Tenggara akan berlangsung di Fort Canning Singapore . Memandang kawan – kawan rock saya ramai yang sudah pencen, jadi saya tak tahu nak pergi dengan siapa. Petang raya kelima saya teleh menelefon seorang brader yang mana muzik rock tidak pernah pada dalam dirinya . Siapa lagi kalau bukan Abg. Rom , taukeh majalah ini. Saya pun menyampaikan hasrat saya untuk ke Singapore dan menonton konsert tersebut. Mungkin juga beliau agak terkejut menerima panggilan saya kerana hampir lebih setahun saya tidak hubungi beliau. Saya amatlah excited dan menceritakan kepada beliau untuk ke konsert tersebut dan berjumpa dengan band rock roll paling jahat di dunia.
Abang Rom , seperti mana yang anda tahu , seorang yang obses dengan Rock Roll memberi lampu hijau kepada saya untuk mewakili ROTTW. Terima kasih setinggi langit Abg. Rom.
Niat saya untuk ke Singapore menonton Motley Crue telah saya sampaikan kepada seorang colleague saya di pejabat. Memandangkan tarikh tersebut diadakan pada hari Khamis, saya meminta beliau supaya mengadakan satu mesyuarat ( berkenaan kerja rasmi ) di Johor Bahru pada tarikh tersebut bagi membolehkan saya sampai ke Singapore.

Alhamdullillah dengan persetujuan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru dan semua pasukan projek , mesyuarat tersebut berjaya diadakan pada 16 Oktober jam 10 pagi. Saya dan rakan telah bertolak dari KL dari jam 3 pagi lagi. Sebaik sahaja habis meeting , kami bergegas ke Hotel Mutiara JB , hotel rasmi bagi kami kalau outstation di JB. Kebetulan rakan saya kerap ke Singapura dan pass ERP nya masih sah sehingga sembilan hari lagi, jadi kami ambil keputusan untuk drive sahaja ke Singapore.
Pos
Jam 4.20 petang, kami tiba di Fort Canning, sebuah taman rekreasi awam tempat berlangsungnya konsert tersebut. Saya diberitahu Abg Rom untuk berjumpa dengan Andre atau Lauritta ( promoter konsert tersebut dari LAMC Production ). Saya terus mencari mereka berdua, dan memperkenal diri saya . Saya dimaklumkan bahawa press tag akan diberi pada pukul 6. 30 petang di kaunter press. Oleh kerana masa masih banyak lagi , saya dan rakan saya terus ke Bencoolen Street untuk minum petang. Bertempat di HMV Café kami terserempak dengan beberapa deejay dari radio Era. Anehnya mereka macam tahu kami dari KL. Mungkin dahi orang Malaysia sudah ada cop rasanya.
Jam 8.OO Malam , orang ramai telah berpusu – pusu ke Main Stage Fort Canning. Semua security guard malam itu adalah mat salleh. Opening act dimulakan oleh sebuah band tempatan yang saya tak tahu namanya. Muzik mereka agak bagus cuma ramai sangat band members yang nak bercakap dan cuba nak menonjolkan diri. Sebanyak 7 lagu dipersembahkan oleh band ini.” Aah, itu tak penting, yang penting Motley Crue bukan band Singapore ni”. Itulah pemikiran saya waktu itu.
Kelihatan crowd di Fort Canning ini amat majmuk pada fikiran saya. Dari pakcik tua dan berperut buncit sehinggalah remaja yang berbaju black dan berambut dreadlock. Itulah kehebatan Motley Crue yang mampu menarik pelbagai peringkat umur, asalkan berjiwa rock kental.Kira – kira 10 000 penonton pada malam tu dan sekurang – kurangnya 2000 penonton adalah dari Malaysia, jangkaan saya. Dari apa yang saya jangkakan lebih 1000 orang mat salleh yang saya tak tahu dari mana berada di padang Fort Canning pada hari tersebut. Mungkin juga mereka merupakan warga Singapore yang telah memilih The 2nd Home Programme atau pun pelancong dari tempat lain.
Tepat jam 9.15 malam, tirai pentas dibuka dengan lagu Kick Start My Heart oleh Vince Neil dan rakan – rakan. Memang gamat , semua orang melompat dengan killer song Motley Crue itu. Keterampilan Vince Neil menjerit, gaya hebat Mick Mars, ketukan Tommy “T Bone” Lee dan Nick Sixx beraksi membuatkan seluruh Fort Canning bergema dengan Rock N Roll. Sungguh energetik. Vince Neil terus memekik dan disusuli dengan lagu kedua meraka Wild Side. Semua penonton bagaikan masuk hantu dan itulah yang anda perlu tahu tentang adrenalin bagi lagu – lagu rock n roll yang punya reputasi tinggi.
Setting gitar Mick Mars sememangnya dahsyat. Bermacam – macam efek keluar , dari deruan bunyi motor Harley sehinggalah bunyi bayi menangis ( crybaby mungkin- saya tak tahu sangat). Motley Crue juga menghidupkan suasana dengan persembahan lagu terbaru Saints of Los Angeles yang lirik ditukar kepada Saints of Singapore.

Tommy Lee,apa lagi yang nak dikatakan tentang kemahiran beliau bermain drum. Hampir semua tom,snare dan apa jua aksesori drumnya digunakan sebaik mungkin. Soalan saya , boleh anda beritahu saya band mana yang dikenali melalui pemain drumnya atau siapakah pemain drum yang paling popular di planet ini kalau bukan Encik Tommy Lee. Aura Tommy Lee memang hebat sehingga ada segmen beliau sendiri di atas pentas untuk berkomunikasi dengan pentas.Sempat juga beliau mengalu- alukan kedatangan penonton dari Malaysia. Persembahan diteruskan dengan lagu lagu kental mereka yang majoritinya dari album Dr. Feelgood, Theatre of Pain dan Shout at The Devil.
Pentas yang warm itu juga diserikan dengan beberapa lagu wajib mereka seperti Same Ol Situation, Girls Girls Girls, Primal Scream, Smoking In The Boys Room, Don’t Go Away Just Go way dan pastinya She Goes Down. Mick Mars juga menayangkan aksi solo gitarnya yang hebat dengan gimik ular pada pedang seperti cover album Dr. Feelgood.

Nicki Sixx , seorang pemain bass yang pernah dikenakan tindakan parol kerana kokain berlebihan pada tahun 1989 merupakan seorang bassis yang kental. Hampir setiap lagu beliau memenuhi ruang pentas dengan ligat.
The Most Notorious Band On Earth ,itulah gelaran yang diberi pada band rock yang paling banyak dikenakan tindakan mahkamah dengan pelbagai kesalahan. Tetapi itu semua tidak merosakkan kredibiliti mereka sebagai antara band rock paling kuat di dunia.Aksi yang mantap, persembahan yang hebat dan merekalah mega rock stars di planet ini. Walaupun berpecah beberapa kali dan wujud band picisan mereka seperti Supernova dan Method of Mayhem, Motley Crue amat berkuasa di pentas. Antara aksi paling menarik malam itu alah aksi Tommy Lee bermain piano pada awal lagu Time For Change dan terus mengetuk drum sebaik saja beat laju lagu bermula. Memang superb. Lagu terakhir mereka malam itu ialah lagu siulan ramai Home Sweet Home. Apa yang saya amat pasti tiada lagu daripada album New Tattoo dan Generation Swine.
Sebaik sahaja konsert tersebut tamat saya terus pulang ke Hotel Mutiara JB pada malam itu dengan memakai T – Shirt Motley Crue yang baru dibeli sebagai tanda show off. Apa yang saya dapat simpulkan dari konsert tersebut ialah hajat saya tercapai setelah berbelas tahun menunggu peluang ini dengan amat puas hati. Dari sudut setlist lagu sememangnya memberangsangkan kerana Motley Crue banyak memainkan lagu –lagu dari album lama sewaktu mereka berada di zaman puncak dahulu. Bagi penganjur pula saya rasa mereka berpuashati dengan jumlah penonton yang yang mendatangkan hasil kepada mereka.

Sememangnya peminat – peminat setia mereka turun padang untuk memberi sokongan walaupun dari faktor jarak dan kos yang agak membebankan.
Tetapi itu bukanlah halangan jika anda seorang peminat setia Motley Crue. Sekian sahaja untuk kali ini . saya berdoa untuk mendapat peluang yang sebegini rupa bagi konsert – konsert yang akan datang. Terima kasih setinggi langit untuk ROTTW khasnya Abang Rom.